Monday 6 June 2011

kesan pas keluar dari pakatan.....

Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat.Biar PKR dan DAP hidup segan mati tak mahu di dalam arus politik Malaysia.Jika ini berlaku,lama kelamaan ahli-ahli PKR akan kembali ke pangkuan UMNO dan BN.Maka ini akan mengurangkan pecahan undi Melayu;kembali ke nisbah yang sama sebelum penubuhan PKR-hanya berpecah antara UMNO dan Pas.DAP akan berseorangan,dan ini MENJADIKAN IA TIDAK RELEVAN KERANA KEMBALI MENJADI PARTI BERIMEJKAN RASIS DAN TIDAK POPULAR.Bila ia tidak popular,lama-kelamaan undi kepadanya hanya bersumberkan majoriti kaum Cina sahaja.BN seperti biasa akan menjalankan propaganda memburukkan DAP,sebagai usaha menaikkan kembali MCA dan Gerakan.DAP akan tersepit,seperti biasa kaum Cina akan menjalankan 'undi tidak percaya'.Ini kerana TABIAT BERPOLITIK KAUM CINA LEBIH KEPADA POLITIK EKONOMI DAN PELUANG EKONOMI.Ini nombor satu,barulah kepada isu lain seperti sekolah Cina atau lain-lain.MCA sebagai contoh sudah pasti banyak mendapat dana dari kerajaan maka cukup untuk menarik sokongan kaum Cina kembali.DAP akan semakin lama semakin malap dan kembali kepada status parti yang rasis,tidak popular,miskin isu dan berimej komunis,iaitu imej sebelum PAS dan PKR bekerja sama dengan mereka.

PKR akan bubar,kerana ketandusan isu.Sebenarnya PKR wujud kerana Anwar Ibrahim dan jika Anwar Ibrahim meninggal dunia atau keluar dari politik,PKR SUDAH PASTI AKAN BERKUBUR.Adalah lebih baik Anwar Ibrahim mengundurkan diri kerana dirinya sudah menjadi sarang fitnah dan liabiliti kepada partinya sendiri.Tidak penting sama ada beliau bersalah atau tidak,yang penting beliau sudah semakin tua dan tidak relevan lagi berada dalam politik.Lebih baik beliau berundur diri atau membubarkan partinya,ketika orang Melayu masih mengingati jasanya ketika di dalam kerajaan.Sungguh,jika Anwar Ibrahim meninggal dunia,barulah orang akan mengatakan yang baik-baik sahaja mengenai beliau dan sedia melupakan segala fitnah dan kebobrokan yang terpalit di tubuh beliau.

Kini tinggal UMNO dan PAS.Ini lebih mudah untuk diuruskan.Apa yang menjadi kemarahan PAS dan kewujudannya ialah kerana UMNO TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH dalam pemerintahan.UMNO adalah parti Melayu bertunjang sekular dan hedonisme.Namun adalah tidak bijak jika kita bersekongkol dengan DAP hanya untuk menjatuhkan UMNO,yang majoritinya orang-orang Melayu beragama Islam.Tindakan yang bijak ialah bersabar dengan UMNO,berikan contoh yang terbaik dan berusaha berdakwah kepada UMNO supaya ingat Allah dan Rasul-Nya.Mungkin ini mengambil masa yang lama;tidak penting berapa kuantiti ahli UMNO yang insaf,yang penting kita mengambil tindakan yang betul sambil bertawakal kepada Allah s.w.t.Yang beri hidayah adalah Allah s.w.t bukan kita.Kita hanya berusaha.