Saturday, 21 May 2011

MELAYU bukan bangsa Pengecut



MELAYU ITU BANGSA MULIA
PERIBADI ELOK SANTUN ORANGNYA
RAJA MELAYU PERNAH BERKATA
TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA

KERAJAAN MELAYU AMAN SEJAHTERA
WALAU DI DALAM BERBILANG BANGSA
MELAYU ITU PENGHAPUS SENGKETA
WALAU YANG LAIN PENCETUS BENCANA

MELAYU DI UKUR DARI BAHASA
BERKEMBANG BAHASA JIWA BANGSA
MELAYU TIDAK MENGANGKAT SENJATA
JANGAN DICABAR BURUK PADAHNYA

DULU MELAYU GAGAH PERKASA
BERHATI ELOK TIADA CELANYA
KERIS DISANJUNG MENJADI SENJATA
AMUKAN MELAYU YANG TAK DISANGKA

HAK MELAYU HARUS DIJAGA
SULTAN MELAYU HARUS DIBELA
BAHASA MELAYU MESTI DIKATA
AGAMA ISLAM TETAP DIPUJA

JIKA ADA PETUALANG NEGARA
SILAT SEBAGAI PERTAHANAN KETIGA
PENDEKAR MELAYU PENUH BERJASA
HAPUSKAN SEMUA MUSUH DURJANA

WALAU ADA PERBALAHAN TERCETUS
JANGAN SAMPAI MELAYU MELETUS
JIKA TIDAK MAHU KEPALA PUTUS
JAGA KATA ATAU BERAMBUS

JANGAN DICABAR ANAK MELAYU
URATNYA BESI TULANGNYA BATU
BUKAN MELAYU SEMAKIN LAYU
TUNGGU MASA KAMI BERSATU

MELAYU ITU TAK MUDAH LUPA
HANYA TERMAKAN HASUTAN BAHAYA
ANASIR LUAR BERSENGKANG MATA
MENCARI RUANG MENJAHANAMKAN NEGARA

BILA MELAYU MULA BERSATU
BANGSA LAIN DIAM TERPAKU
MENCARI SAHABAT YANG BERSEKUTU
KELAK BINASA TINGGAL MELAYU

SEJARAH SILAM BANYAK MENGAJAR
BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH
JANGAN MELAYU DUDUK DISANGKAR
MENGIRA HARTA AKALNYA BODOH

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT
PEPATAH LAMA SELALU DIINGAT
JANGANLAH MELAYU TERUS DISEKAT
PEMIMPIM MELAYU WAJIB MELIHAT

WATAK MELAYU BUKAN SEMENTARA
BERATUS TAHUN MENJADI CERITA
KERAJAAN AGONG PENGUAT BICARA
PENENTANG MUSUH YANG BERSENGKETA

-WAK-

No comments:

Post a Comment