Sunday 22 May 2011

Kikis Sikap Berpuak-Puak Di Dalam UMNO

UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA

          Tsunami politik yang melanda Malaysia pada 8 Mac yang lalu, telah memberi tamparan yang amat dasyat kepada kepimpinan Barisan Nasional.  Rakyat marhaen telah memberi isyarat dengan mencari perspektif dan dimensi baru di dalam politik Malaysia.  Sejarah harus dijadikan sebagai rujukan, pengajaran dan juga landasan landasan kepada Barisan Nasional terutamanya UMNO yang merupakan tunjang kekuatan Barisan Nasional dan juga pembela bangsa Melayu.

          Melayu merupakan satu bangsa yang ditakrifkan suku bangsa berasaskan kesamaan fizikal (biologi) dan biasanya duduk di satu wilayah yang tertentu.  Namun itu tidak bermakna dan tidak semestinya sekelompok bangsa itu mesti berada di dalam satu kotak pemikiran dan idealisme.  Sebaliknya ia mungkin berada di luar lingkuangan kotak pemikiran yang berbeza dan lebih luas. Kalau di lihat dalam konteks politik negara kita, Melayu terbahagi ke dalam pelbagai pendirian politik menerusi perjuangan di dalam parti seperti di dalam UMNO, PAS, PKR, DAP, PCM dan banyak lagi.  

          Di dalam memahami konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, seharusnya ahli-ahli UMNO perlu menggarapkan konsep gagasan tersebut di dalam parti. Perlaksanaan 1UMNO perlu ditunjangi dengan prinsip hormat-menghormati di antara satu sama lain.  Tindak-tanduk sebagai ahli UMNO perlu difikirkan untuk kebaikkan bersama.  UMNO mempunyai sejarah, tradisi dan parti ini disaluti dengan perlembagaannya yang tersendiri.  Jadi, apa yang terkandung di dalam perlembagaan parti perlu diterjemahkan melalui sikap dan pemikiran oleh setiap ahli UMNO.

         Nafas segar perlu diberi kepada saf kepimpunan barisan parti dengan disuntik semangat dari ahli-ahli parti itu sendiri.  Koloborasi kepimpinan tertinggi dan akar umbi dapat memantapkan dan memperkasakan hubungan di antara setiap ahli dan dapat melahirkan perasaan hormat-menghormati dan saling mempercayai.

        Inilah yang amat diperlukan oleh UMNO disaat getir bagi menghadapi PRU yang bakal menjelma.  Namun, kelihatan pada saat getir inilah, ahli-ahli sama ada di peringkat tertinggi dan akar umbi saling mengambil kesempatan dengan menuding jari, tuduh-menuduh mengakibatkan perpecahan di dalam parti seterusnya mewujudkan sikap berpuak-puak.  Tidak wajar untuk setiap ahli parti mengambil kesempatan bagi mencapat matlamat peribadi.  Sifat tamak, iri hati sesama sendiri bakal mengundang padah.  Kita tidak mahu UMNO menjadi lesu dan perlu sedar bahawa sokongan padu dan jitu dapat membantu dan memberi manafaat dan impak yang besar.

        Budaya cah-keting perlu dibuang sama sekali.  Perbincangan hala tuju, strategi, atau apa saja di dalam parti perlu dibincangkan secara berhemah dan mengikut saluran yang betul.  Sekiranya setiap tindak-tanduk secara membabi buta kelak merugikan UMNO itu sendiri.

Hayatilah lirik ini :


Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


No comments:

Post a Comment