Monday 23 May 2011

Pas guna Islam kabur mata rakyat


KUALA LUMPUR 23 Mei - Tindakan menuding jari kepada pihak lain di atas kesalahan yang dilakukan, membuktikan Pas hanya sebuah parti yang mencari keuntungan politik dengan menggunakan Islam bagi mengaburi mata rakyat.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, pimpinan Pas termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari seharusnya menjawab persoalan pokok yang dikemukakan pelbagai pihak iaitu Pas adalah tali barut DAP.
"Seluruh pimpinan Pas dan Ahmad Fadhli seharusnya jujur menjawab persoalan itu bukan dengan hanya berdolak-dalik sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Fadhli mendakwa Azwanddin jelas keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan yang hadir pada program Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan diperalatkan oleh Pas.

Menurut Ahmad Fadhli lagi, tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Yang Dipertua JMM itu semalam berkata, tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah, tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak.

Mengulas lanjut, Azwanddin menyifatkan kenyataan Ahmad Fadhli itu sebagai dangkal serta penuh dengan muslihat politik yang bertujuan menipu rakyat.

@Utusan Malaysia

 bocahgandis -Islam itu agama, pas itu pas pis pus...haha

No comments:

Post a Comment